JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi pada Kejohanan Badminton Para Dunia 2024.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Pattaya, Thailand pada Ahad, pemain ranking nombor satu dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 21-15,16-21 dan 21-15.
Lebih manis, ia merupakan gelaran dunia kelapan buat Liek Hou dalam acara perseorangan selepas turut memenanginya ketika beraksi pada edisi 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2022.
Pemain berusia 35 tahun itu bukan sahaja membuktikan reputasinya dalam acara perseorangan, malah dia turut menebus kehampaan pada edisi 2022 di Tokyo, Jepun apabila memahat nama sebagai juara dunia menerusi acara beregu lelaki SU5 bersama Muhammad Fareez Anuar.
Gandingannya bersama Muhammad Fareez berjaya mengalahkan lawan dari India menerusi kemenangan straight set 21-17 dan 21-18.
Ia juga menjadi gelaran dunia keenam buat Liek Hou dalam acara beregu lelaki.
Secara keseluruhan, Liek Hou melakar 14 kejuaraan dunia menerusi acara perseorangan dan beregu sekali gus meletakkan dirinya antara atlet Malaysia paling berjaya di pentas antarabangsa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 25 2024
Liek Hou raih kejuaraan berganda dalam acara perseorangan dan beregu Kejohanan Badminton Para Dunia 2024. - Foto/ BWFbadminton
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Gerawat Gala sebak kehilangan teman sejati
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala tmenyifatkan Datuk Mutang Tagal yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.
Majlis penghormatan terakhir untuk Mutang pada Ahad
Jasad Datuk Mutang Tagal dijangka tiba di Miri pada jam 10.30 pagi Ahad dan akan terus dibawa ke Gereja Bem Jalan Airport untuk upacara penghormatan terakhir.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam
Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi lambang manifestasi komitmen kerajaan memastikan syiar Islam terus dipertahan.
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan, hanya lima kenderaan rosak akibat ditimpa pokok berkenaan selain pagar bangunan itu turut rosak.
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Liek Hou gondol dua emas di Sepanyol
Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2, hari ini.
Tuah Tahun Naga, Liek Hou juara dunia buat kali kelapan
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan untuk negara apabila merangkul gelaran dunia kali kelapan di Kejohanan Badminton Para Dunia 2024.
Liek Hou raih kejuaraan dunia kali kelapan
Cheah Liek Hou melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi pada Kejohanan Badminton Para Dunia 2024.
Para Asia: Permulaan positif Liek Hou buru emas
Liek Hou mengalahkan wakil tuan rumah, Shi Sheng Zhuo 21-10, 21-7 pada perlawanan Kumpulan A di Gimnasium Binjang.
Mike Mahen, Liek Hou dinobat Atlet Terbaik Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2022
Mike dan Liek Hou masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Liek Hou makin serasi dengan Muhammad Fareez
Liek Hou gembira melihat perkembangan positif dilakar bersama Muhammad Fareez apabila berjaya menggondol empat gelaran antarabangsa.
Badminton: Liek Hou raih juara berganda di Bahrain
Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou kembali memperagakan kecemerlangan selepas membolot dua gelaran juara pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Bahrain, semalam.
Badminton: Liek Hou pertahan gelaran di Brazil
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mempertahan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2023, semalam.
Liek Hou cemerlang di Sepanyol
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu menewaskan Fang Jeng Yu dari Taiwan 21-7, 21-13 pada final yang berlangsung selama 27 minit.